Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke syurga Bahagian 1
01.05.10 / Islam / Author: Bahasa
Kewafatan Nabi Muhammad menuju ke syurga
Terdapat pengajaran dari kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke syurga oleh yang demikian Nabi Muhammad s.a.w. dikatakan wafat sebagaimana yang difahami oleh manusia.
Seorang manusia yang sakit biasa tidak mengapa, boleh menerima rawatan, tetapi kesakitan yang manusia alami ketika menghadapi maut lebih lagi.
Manusia janganlah ingat bahawa kematian yang dialami tidak diberitakan ke mana harus dituju.
Ada jawapan yang anda inginkan:
Ke mana manusia pergi selepas mati?
Tetapi Nabi tidak sama seperti orang biasa sebab Nabi ada yang menuju ke syurga.
Ada yang beranggapan teknologi moden seperti di hospital, pembedahan moden adalah satu yang boleh memanjangkan usia manusia. Kenapa manusia tetap mati setelah ada kemodenan dan teknologi.
Teknologi diberi oleh Allah S.W.T. sebagai alat menolong orang hidup tetapi apabila manusia tersebut tidak menggunakannya maka manusia boleh mati.
Tetapi teknologi yang canggih belum menjadikan manusia cerdik. Sebab teknologi hanya ciptaan Allah S.W.T. Oleh yang demikian Allah S.W.T. boleh mencipta teknologi tersebut.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. teknologi yang pada hari, bukan tidak boleh dicipta oleh Allah S.W.T. dan bukan tidak boleh selamatkan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi Nabi Muhammad s.a.w. sudah menuju ke syurga.
Manusia yang menuju perjalanan pasti membawa bekalan. Mari kita membaca kisah tersebut…
—————————–
Diriwayatkan bahawa surah terakhir diturunkan di padang Arafah pada musim haji penghabisan.
Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi
dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga
apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”
Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan
para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang
demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma.”
Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu
dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.
Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka
berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah
sempurna.”
Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
“Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka
akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi
yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”
Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-
kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu.
Berkata salah seorang dari para sahabat: “Ya Rasulullah s.a.w., kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan
suara yang kuat di hadapan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan
dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..
Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: “Wahai para
sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali r.a. berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa
tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah
benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”
Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula
mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang
dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas
turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang
mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.
—————————–
Comments: 0