Account Profil Hubungi
Gambar Gambar Gambar rakan Mesej Iklan Masuk Berita Bahasa Melayu Asianewsia English Baca Buku Online

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke syurga Bahagian 1

01.05.10 - Islam - Penulis: Bahasa - Comments: (0)

Kewafatan Nabi Muhammad menuju ke syurga

Terdapat pengajaran dari kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. menuju ke syurga oleh yang demikian Nabi Muhammad s.a.w. dikatakan wafat sebagaimana yang difahami oleh manusia.

Seorang manusia yang sakit biasa tidak mengapa, boleh menerima rawatan, tetapi kesakitan yang manusia alami ketika menghadapi maut lebih lagi.

Manusia janganlah ingat bahawa kematian yang dialami tidak diberitakan ke mana harus dituju.

Ada jawapan yang anda inginkan:

Ke mana manusia pergi selepas mati?

Hidup semula selepas mati

Tetapi Nabi tidak sama seperti orang biasa sebab Nabi ada yang menuju ke syurga.

Ada yang beranggapan teknologi moden seperti di hospital, pembedahan moden adalah satu yang boleh memanjangkan usia manusia. Kenapa manusia tetap mati setelah ada kemodenan dan teknologi.

Teknologi diberi oleh Allah S.W.T. sebagai alat menolong orang hidup tetapi apabila manusia tersebut tidak menggunakannya maka manusia boleh mati.

Tetapi teknologi yang canggih belum menjadikan manusia cerdik. Sebab teknologi hanya ciptaan Allah S.W.T. Oleh yang demikian Allah S.W.T. boleh mencipta teknologi tersebut.

Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. teknologi yang pada hari, bukan tidak boleh dicipta oleh Allah S.W.T. dan bukan tidak boleh selamatkan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi Nabi Muhammad s.a.w. sudah menuju ke syurga.

Manusia yang menuju perjalanan pasti membawa bekalan. Mari kita membaca kisah tersebut…
—————————–
Diriwayatkan bahawa surah terakhir diturunkan di padang Arafah pada musim haji penghabisan.

Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi

dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga

apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan

para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang

demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: “Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempuma.”

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu

dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka

berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah

sempurna.”

Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata:
“Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka

akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi

yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-

kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu.

Berkata salah seorang dari para sahabat: “Ya Rasulullah s.a.w., kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan

suara yang kuat di hadapan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan

dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a..

Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: “Wahai para

sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali r.a. berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa

tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikata oleh Abu Bakar r.a. adalah

benar, dan sesungguhnya masa untuk aku meninggalkan kamu semua telah hampir dekat.”

Sebaik sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula

mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua malaikat yang

dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat mahu-pun yang di laut turut menangis.

Kemudian Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas

turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang

mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada pula yang mengatakan 21 hari.

—————————–


Rawatan secara online penawar penyakit

28.04.10 - Islam, Kesihatan - Penulis: Bahasa - Comments: (0)

Rawatan secara online penawar penyakit

Manusia dijadikan Allah S.W.T untuk hidup di bumi. Ada manusia yang mati dan ada manusia yang hidup.
Manusia yang mati akibat dari badannya yang tidak mampu hidup lagi.

Manusia yang ditimpa penyakit akan mencari penawar yang boleh menjadikan penyakit sembuh kembali. Terdapat rawatan
yang boleh mengubati manusia yang menghadapi penyakit.

Allah S.W.T telah menjadikan banyak penawar dari ubat-ubatan, herba-herba, penawar dan Al-quran. Berbagai rawatan
yang manusia akan cari dan Allah S.W.T yang secara diam-diam menjadikan mereka mencari ubat, herba dan ayat-ayat Al-Quran.

“Pernahkah manusia fikirkan bahawa Allah S.W.T yang menjadikan manusia hidup, mengilhamkan mereka mencari ubat, herba, penawar dan ayat-ayat Al-Quran.
Sebagai penyembuh bagi penyakit mereka.”

Manusia akan mati sekiranya tidak mencari ubat, herba, penawar dan ayat-ayat Al-Quran. Sampaikan dengan jujur bahawa manusia perlu berusaha
untuk hidup. Manusia yang mengamalkan sihir selalu mati sebab tidak percaya pada tuhan.

Anda berpeluang mendapatkan rawatan secara online. Terdapat beberapa penyakit yang baru diperkenalkan. Semoga anda boleh turut serta dalam
menjadikan manusia terus hidup di masa hadapan.

Rawatan demam, kesakitan. Mari pergi PERCUMA


Gambar artis pelakon dan penyanyi

30.01.10 - Lagump3.org - Penulis: Bahasa - Comments: (0)

lagump3org-lagu-mp3

kumpulan-nasyid-rabbani

aizat-dan-ayu

sheila-rusly-penampilan-baru

menari-bersama-pelakon-lisdawati


Ikan katak

15.01.10 - Aneh misteri - Penulis: Bahasa - Comments: (0)

Ikan aneh

Seorang nelayan menangkap seekor ikan aneh ketika sedang menyauk sotong di Klim Geoforest Park di Pulau Langkawi, Kedah.

Ikan menyerupai katak berukuran kira-kira sembilan sentimeter, mempunyai sirip di hadapan menyamai tangan serta di belakang yang menyerupai kaki.

Ikan katak atau Sargassumfish memang sukar ditemui dan hanya hidup di kawasan tropika seperti Indonesia,Australia dan Papua New Guinea.


Honda City terbaru

15.01.10 - Kereta dan aksesori - Penulis: Bahasa - Comments: (0)

Honda malaysia sdn bhd melancarkan model terbaru City.

Kenderaan sedan yang menjimatkan minyak, keselesaaan, dan kuasa.

Sudut luaran, City terbaru direka berdasarkan rekaan ‘Arrowshoot Form’ atau anak panah yang dilepaskan daripada busurnya.
Idea ini daripada ketua Jurutera Honda, Takeshi Nakamura.


Angka kematian gempa bumi Padang Indonesia meningkat 1,000 orang

14.10.09 - Bencana Alam, Indonesia - Penulis: Bahasa - Comments: (0)

Gempa bumi

Gempa bumi

14 Okt, INDONESIA – (BeritaNegara) angka kemation dari 7.6 magnitud gempa bumi yang menggegarkan Indonesia bulan lepas mencecah 1,000 hari rabu. selepas
orang kampung yang tertimbus secara beramai-ramai diketahui.

Agensi pengurus bencana alam meletakkan angka kematian di bandar Padang 30 september ialah 1,115 berbanding hanya 800 hari sebelumnya.

Pada awalnya Persatuan bangsa-bangsa bersatu menganggarkan kematian 1,100 orang.

Kira-kira 100,000 rumah dianggarkan musnah, meninggalkan setengah juta orang tiada tempat tinggal.


Siapakah orang melayu? Bahagian 1

11.10.09 - Politik dan Sejarah - Penulis: Bahasa - Comments: (0)

Sabtu 11 Okt (BeritaNegara) – Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu.

Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya “Kerajaan Melayu” sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi.

Di ambil dari:

Harun Aminurrrashid, 1966. Kajian Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Singapura: Pustaka Melayu, m.s. 4-5

Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi. Seperti yang diceritakan dalam buku Sejarah Jambi.

Perbincangan mengenai Melayu adalah luas. Ia akan dibincangkan dalam BeritaNegara supaya orang-orang Melayu tidak berasa ia hanya tinggal di Malaysia atau Indonesia sahaja.

Banyak orang Melayu di Negara lain. Contohnya di Singapura dan Brunei majoritinya orang Melayu.

Jadi orang Melayu mempunyai politiknya yang luas.

Istilah “Melayu” ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar.

Bagaimanapun menurut Perlembagaan Malaysia, istilah “Melayu” hanya merujuk kepada seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Dengan kata yang lain, bukan semua orang yang berketurunan daripada nenek moyang Melayu adalah orang Melayu.

Sampai di negara Madagaskar juga ada orang Melayu. Semoga BeritaNegara dapat menjadi rujukan orang-orang melayu yang menggunakan bahasa melayu.

Bersambung…


Proton berundingan dengan Hero Group di India

11.10.09 - Bisnes - Penulis: Bahasa - Comments: (0)

NEW DELHI, 10 Okt (BeritaNegara) Kumpulan Hero pada mulanya bercakap dengan kereta proton keluaran Malaysia.

Dua syarikat digabungkan untuk membuat kilang pemasangan kecil di India.
Proton ingin menembusi pasaran India dengan bekerjasama dengan rakan niaga Kumpulan Hero dan satu lagi syarikat Mahindra. Proton berharap akan mengakhirkan rancangannya akhir tahun ini.

Proton yang memiliki kenderaan sport dari United Kingdom(UK) keluaran Lotus. Dijemput secara rasmi dari Kumpulan Hero untuk mengunjungi fasiliti yang berada di Malaysia dan UK.

Jika perjanjian kerjasama berjaya maka dua syarikat akan dapat mengeluarkan kereta Proton sebagai contohnya proton saga untuk orang-orang India.

Kerjasama Proton membuktikan sebuah syarikat ketiga terbesar selepas Japan dan China.

Salah satu pesaing Kumpulan Hero, iaitu Bajaj Auto juga bekerjasama dengan Nissan-Renault pada tahun 2011.

Sama ada pembeli dari India menyukai kereta dari Malaysia atau tidak dan kereta tersebut dapat bertahan di pasaran India. Masih menjadi tanda tanya.

Proton Savvy

Gambar ini merupakan kereta mini keluaran proton. Adakah mereka ingin mengeluarkan kereta jenis savvy atau saga? Kerjasama syarikat India akan mengeluarkan sebuah kereta untuk dipasarkan di pasaran India.


Nasa bom bulan untuk mendapatkan air

10.10.09 - Teknologi dan sains - Penulis: Bahasa - Comments: (0)

Bom bulan

Gambar dari Nasa menunjukkan sasaran pengeboman

BeritaNegara.com – 10 Oktober, misi Nasa untuk bom bulan bagi mendapatkan air sudah berakhir pada 9 oktober.
Terdapat beberapa kegagalan dan kejayaan yang dicapai untuk memperolehi air.

Air diperlukan di bulan untuk memudahkan aktiviti eksperimen saintis di bulan.

Emas mahal di bumi tetapi air lebih mahal di bulan kerana air lebih penting untuk
makhluk hidupan seperti manusia hidup di sana.

Roket yang ditujukan ke kawah bulan tidak menunjukkan sebarang habuk untuk menandakan
sesuatu letupan berlaku. Tetapi Saintis berharap mendapat maklumat yang mencukupi untuk menentukan kewujudan air di bulan.


BeritaNegara.com

10.10.09 - BeritaNegara.com - Penulis: Bahasa - Comments: (0)

BeritaNegara.com

Jika anda ingin membaca berita. Sila ke www.beritanegara.com
kerana ia merupakan sebuah laporang berita-berita tentang masyarakat melayu
di Malaysia, Indonesia, Singapura dan mana-mana negara.

Melayu adalah luas kerana ia melibatkan individu yang menggunakan
bahasa melayu dan beristiadat melayu. Bahasa melayu diguna oleh orang-orang
berbangsa melayu dan juga bukan melayu.

Berita bermaksud cerita khabar yang berlaku dan negara pula
melibatkan negara orang-orang melayu. BeritaNegara.com ialah satu media
elektronik yang boleh diakses di mana-mana sahaja.

Selain dari mendapatkan maklumat dan ilmu pembaca juga boleh
mengiklankan produk mereka secara online. Oleh itu, mereka mendapat manfaat
dari servis yang diberikan.

————-

BeritaNegara tidak menyentuh isu politik untuk diputarbelitkan.
Tetapi hanya memberikan laporan tentang politik sahaja. Ini memudahkan kerja
BeritaNegara sebagai media bahasa melayu yang lebih kepada pendidikan
bukan berunsur politik.